Senin, 05 Juli 2010

Ganja dapat merusak syaraf otak

Semakin banyak kes dilaporkan bahawa penghisap ganja menghadapi kesusahan untuk berhenti daripada tabiat mereka.Ini adalah akibat penggunaan ganja yang dikatakan menyeronokkan.Penghisap ganja terpaksa menambah jumlah ganja yang dihisap kerana daya tahan mereka terhadap dadah tersebut meningkat.

Penghisap ganja tidak dapat mengawal jumlah ganja yang digunakan.Hidup mereka tertumpu kepada ganja dan mereka terus menggunakannya walaupun tanda-tanda ganja merosakkan mereka.Ini merupakan bukti bahawa pergantungan secara psikologikal telah berlaku.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa gejala tarikan seperti marah-marah,tidak boleh tidur,sakit perut dan hilang selera makan berlaku kepada penghisap ganja kronik yang cuba untuk berhenti menghisap ganja.Ini menunjukkan bahawa ganja juga boleh mendatangkan pergantungan secara fizikal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar